Our Happy Marriage Life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Yang Sulungssss.....

Lilypie Fourth Birthday tickers

Yang Kedua.....

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

About Me

My photo
Haku dah kahwin n setakat ni dikurniakan 2 org cahaya mata... Kedua-duanya Gegurl.... Yang Kakak namanya Damia Batrisya Dan Si Adik Auni Firas nama dia.. Aku ni Happy go Lucky, sempoi, Easy going... Gud listener.. Nyampah ngan org yg busuk ati, yang kecoh x tentu pasal, Busy body, Suka nak Compare "mengompare" paling aku jaki... So, pada sape yg menjenguk blog aku neh, harap u all enjoy ngan corat coret merapu aku.. Bukan ape.. Just wanna share every little thing yg happy, sedih, tension dalam idup aku seharian dgn kengkawan, family n alam sekitar... So, welcome to my blog!

Thursday, May 14, 2009

8C - Sekadar Renungan....

Untuk di kongsi bersama teman2 8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah


C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. 8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renung2kanlah dan selamat beramal…..


Wednesday, May 13, 2009

Secara Tiba-Tiba......

Salam...


Tibe-Tibe.....
Aku rase rinduuuu sangat2 kat sumer adik badik aku...

Tibe-tibe...

Aku rase rinduuuu sangat2 kat anak2 buah aku....


Tibe-Tibe...
Aku rase Rinduuuuu sangat kat mak ayah aku..



Kenape ek...??
Tibe-tibe.. Aku rase rinduuuuuuuuuuuuuuu yang teramat sangat kat sume orang..






Moga Allah lindungi sumer ahli keluargaku.. Jauhkan la dorang sumer dari Mara bahaya Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim....


Hanya Kau yang Maha mengetahui...


Ada Brann...?



Salam..
Mehla sini tatap gambar haku, En. Suami, Damia & En / Pn Ular Sawa...


Ada Brannnn..??


Benornyer haku geli ngan makhluk neh.. Tp, dsebabkan En. Suami nak jugak tangkap gambar dgn En / Pn Ular nih sampai nangis guling-guling (ekekeke.. mintak mahap suamiku...), aku ikut kan jek la...
So, Layannnnzzz...


Sunday, May 10, 2009

Simptom Keletihan yang melampau

Salam... Aku telah mngalami simptom keletihan yang melampau...

Since ari khamis aritu En. Hubby ku demam yang teramat panas hingga memaksaku mengambil cuti kecemasan... En. Hubby ku adalah seorang yang susah nak demam.. Tapi bile skali dah demam.... Cemas haku dibuatnyer... Khamis malam jumaat suhu badan dia mencecah ke 40...

Dah le cenggitu, kol 2 pagi tetiba cik damia pulak bangun menangis tanpa henti dalam masa 1/2 jam.... puas ibu pujuk.. x jalan... Sampaila Cik Damia diam sendiri.... Ngigau kut....

Jumaat, demam En. Hubby x jugak kebah.. aku pun mengajak En. Hubby ke spital... Check darah, ahamdulillah xdek hape2.. Cuma demam virus... Dan skali lg Cik Damia kite bangun tido kol 2 pg menangis dan menangis.... hwa... ibupun rase cam nk nangis same......

Hari ni, nampak cam En. hubby ku dah kembali sihat cuma selera dia jer xde ag.. Tp, masalah baru lak muncul... Aku plak yang rase cam nak demam.... Uwaaaaaaaaaaaaa

Gimana neh.....

Sekian, update ku yang merapu neh....

Tuesday, May 5, 2009

Damia Balik Bt Gajah & Taiping...

Salam…






Cuti Hari Pekerja aritu Haku Sefamily balik Batu Gajah & Taiping jenguks Atok & Opah2 Damia… Sambil2 tuh bawak Damia g Zoo Taiping [Mau x nyer.. Nak g Zoo kat KL tuh ntah biler ntah dapat pegi] Dah alang2 Umah Atok kat Taiping dekat ngan Zoo… Hape lagi… Ni la antara gambar2 Damia masa kat sana… Layanz….

Nih antara aksi2 damia kat umah Atok & Opah Taiping & Batu Gajah..


** Atok Ngan Opah Taiping



**Damia malu2 kucing nak snap gambo ngan atok & Opah Taiping..




**Atok, Opah, Damia Ngan Ayah [Ibu cuma jadik juru kamera jek la yeks...]


**Damia dah mule la tunjuk pose dia tuh...


** Ibu, Damia Ngan Opah Batu Gajah... [gambo x bape clear ar..]



Nih masa Damia Ngan Ayah & Ibu g Zoo Taiping




** Damia Ngan Ibu Control Chunn...







**Cepatla Ayah... Damia dah x sabo nak watch animals nih...






** Ayah, pandang Kamera la....


** Masa Damia tgok Girrafe ngan Zebra nih, dia sengih sengsorang.. [eleh, teringat citer Madagascar la tuh!!]

Sekian Sajeeee....