Dah agak lamer haku menyepi... Manyak benarnyer yg haku nak hapdet & muatkan dalam blog cumel haku neh... Tp, x berkesempatan.... Nantila... Akan haku hapdet ngan entry rayer & kisah Mak Haku Part 2... Tunggu yeks....
*Khas utk renungan n bacaan org2 yang berkenaan... Pembaca pembaca senyap & Sesape saje...
Mengadu domba atau dalam istilah syariat disebut "namman" ialah perbuatan memfitnah (melagakan) diantara satu sama orang dengan satu orang yang lain atau satu golongan dengan golongan yang lain bertujuan diantara mereka saling bermusuhan dan membenci. Orang yang membawa berita kepada satu orang atau kepada satu golongan kemudian ia pergi pula kepada orang atau golongan yang lain untuk supaya mereka saling bermusuhan ialah berdosa besar. Kadang-kadang cerita yang dibawa itu cerita benar,tetapi diantara seorang dengan seorang atau diantara satu golongan dengan golongan yang lain tidak patut ketahui atau kadang-kadang cerita itu sengaja dicipta untuk supaya kedua pihak bergaduh.
Sama ada cerita itu benar atau tidak, sekiranya kita sampaikan (ceritakan)mereka boleh bermusuhan maka ia dianggap 'adu domba'. Di dalam Al-Quran surah Al-Qalam ayat 10-11 Allah melarang perbuatan mengadu domba dan diancam dengan neraka. Sementara Rasulullah SAW pula dalam sebab-Nya telah bersabda, maksudnya, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba (kesana kemari menyebar fitnah)." (Abu Daud dan At Tirmizi) Mengutuk sesama Muslim Terhadap sesama muslim kita diwajibkan menjaga hati dan menjaga hubungan persaudaraan dan dilarang memecahkan ukhwah. Perbuatan mengutuk dan mencaci boleh memecahkan ukhwah. Oleh sebab itu Allah melarang kita mengutuk sesama muslim walaupun ia melakukan kesalahan. Kalau kita dapati ada orang muslim melakukan kesalahan, kita diwajibkan menasihati dengan baik. Bukan mengutuknya lebih-lebih lagi dihadapan umum pula.
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Mencaci sesama Islam termasuk perbuatan Fasiq dan membunuh menjadi kafir." (Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah pula meriwayatkan hadis bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah seorang yang beriman itu suka mencerca (mengutuk) menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk,berbuat keji dan bercakap tidak sopan." (Muslim). Hadis ini jelaskan bahawa orang yang beriman tidak melakukan kerja-kerja tersebut. Akan tetapi sekiranya kita dapati ada orang yang mengakui Islam atau beriman,tetapi ia bukanlah tergolong dalam golongan orang yang beriman. Mencaci dan menyakiti hati sesama Islam. Termasuk orang yang menyakiti hati orang muslim ialah mereka yang mencipta cerita tidak benar (fitnah) dan menyibarkan berita bohong itu keserata tempat,merosakan nama baik seseorang muslim,membongkar rahsia peribadi (yang disembunyikan) menjatuhkan martabat dan kedudukannya didalam masyarakat dan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap nya dan lain-lain sama ada menyentuh peribadinya, keluarganya dan keturunannya atau nasabnya atau agamanya.
Segala perbuatan yang boleh menyakiti hati orang muslim sama ada dilakukan melalui percakapan,tulisan, sindiran dan hatta jelingan mata yang menyentuhi hatinya,semuanya termasuk dalam dosa besar dan di akhirat disiksa di dalam neraka. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin,lelaki atau wanita tanpa kesalahan yang mereka perbuat,maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kebohongan dan dosa yang nyata." (Surah Al-Ahzab ayat 58) Firman Allah SWT lagi bermaksud: "Hai orang yang beriman,janganlah salah satu kaum mengejek-ngejek kaum yang lain,kerana mungkin kaum yang diejek itu lebih baik daripada yang mengejek dan janganlah para wanita itu mengejek para wanita yang lain boleh jadi wanita yang kena ejek itu lebih baik daripada yang mengejek. Janganlah kamu mencela diri kamu sendiri. Janganlah kamu menggelar seseorang dengan gelaran yang jelek. Seburuk-burukkan gelaran ialah gelaran yang buruk ( yang boleh mengaibkan seseorang) sesudah ia beriman. Barang siapa yang tidak bertaubat (daripada pekerjaan mengejek dan menggelar seseorang serta menyakiti hati sesama Islam) maka mereka itu adalah orang yang zalim.."(Al Hujerat ayat 11)
Mendedahkan rahsia peribadi seseorang.
Setiap orang mempunyai rahsia peribadi tertentu yang ia tidak mahu diketahui oleh orang lain. Sekiranya rahsia peribadinya diketahui, ia akan merasa amat malu sekali. Atau kalau ada orang lain endedahkan rahsianya kepada orang lain atau kepada umum,menjadikan ia marah dan boleh menimbulkan pergaduhan dan pecah ukhwah. Maka sebab itu rahsia peribadi seseorang amat dilarang oleh Islam mencerita-kan kepada orang lain atau kepada umum,yang mungkin mengakibatkan harga diri seseorang itu jatuh atau menghilangkan kepercayaan orang lain terhadapnya. Sekiranya kita dapati ada seorang yang dipandang baik oleh masyarakat dan taat kepada Allah,namun ada segi yang lain ia mempunyai kelemahan peribadi tertentu.Umpamanya ia membuat sesuatu yang melanggar syariat,tetapi perbuatan itu tidak pula merugi dan berbahaya kepada masyarakat maka perbuatan itu dianggap sebagai rahsia peribadinya yang orang lain yang mengetahui rahsia itu tidak boleh,bahkan dilarang menyebar atau menceritakan kepada orang lain atau kepada umum. Akan tetapi sekiranya perbuatannya itu melanggar syariat itu boleh membahayakan masyarakat, maka tidak salah rahsia itu didedahkan kepada orang-orang tertentu atau kepada umum demi mengelak orang lain terkena bahaya dan tertipu. Firman Allah SWT : "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar berita perbuatan keji seseorang itu tersiar dikalangan orang yang beriman,maka bagi mereka (yang menyibarkan berita itu) azab yang pedih diakhirat." (An-Nur ayat 19)
Apakah mereka boleh disifatkan seperti manusia.....??
No comments:
Post a Comment