Our Happy Marriage Life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Yang Sulungssss.....

Lilypie Fourth Birthday tickers

Yang Kedua.....

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

About Me

My photo
Haku dah kahwin n setakat ni dikurniakan 2 org cahaya mata... Kedua-duanya Gegurl.... Yang Kakak namanya Damia Batrisya Dan Si Adik Auni Firas nama dia.. Aku ni Happy go Lucky, sempoi, Easy going... Gud listener.. Nyampah ngan org yg busuk ati, yang kecoh x tentu pasal, Busy body, Suka nak Compare "mengompare" paling aku jaki... So, pada sape yg menjenguk blog aku neh, harap u all enjoy ngan corat coret merapu aku.. Bukan ape.. Just wanna share every little thing yg happy, sedih, tension dalam idup aku seharian dgn kengkawan, family n alam sekitar... So, welcome to my blog!

Thursday, April 2, 2009

LAGI KES BUANG BAYI!!

Salam..

Semalam, haku drive otw balik dari kerja dengan perasaan geram.. Nak tau geram pasal ape, Ni ha, aku copy dari paper Cosmo...


Bayi masih hidup ditemui dalam beg plastik sampah

SEREMBAN - Jika haiwan pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia.

Tetapi di Senawang berlainan pula kisahnya. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, tiga kejadian melibatkan pembuangan janin dan bayi - satu tindakan melampaui batas manusia.

Kes terbaru kelmarin, seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui masih hidup dan merengek di dalam beg plastik sampah berwarna hitam di Taman Senangin, di sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang wanita India berusia dalam lingkungan 30-an terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan apabila dibuka, didapati seorang bayi perempuan di dalamnya.

"Wanita itu menemui bayi berkenaan di tempat pembuangan sampah di rumahnya di Taman Senangin, Senawang dan kemudian menghubungi polis.

"Polis akan siasat penemuan bayi perempuan ini, kita akan cari individu yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Saiful Azly tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang beberapa jam sebelum ditemui di situ.

*** Aku heranla.. Mmg totally heran.. Kenapela dorang sanggup nak buang baby.. X sian ke kat budak tu.. Kadang2 aku rase logik gak kata kakak aku, "Aku nak la buat advertisement kat mane2, kat sape yang nak buang baby, buangla kat depan umah aku..." - lebih kurang cenggitula munyiknyer...

*** Alfatihah pada Arwah anak buah neighbour haku yang meninggal Hari Selasa (31.03.2009). Arwah meninggal lepas 24 jam dilahirkan.. Punca kematian: Lung Infection... [Org yang betul2 nak anak macam2 dugaan.. Tapi, org yang suka2 buat anak, senang2 jek nak buang...]

Menci..Menci... Menci!!!!!

4 comments:

Hati Ema @ Red said...

Sayu hati aku kalau dgr mcm ni.... remuk teruk jiwa aku... huhuhuh

Leen Die said...

mengong betul sapo yg buang anak tuee..aku rasa nak sula je acu..bengang..bb tak th apa2..letaklah kat depan umah org ke..bengong tull.kena laknat org mcm tueee

acu aza damia said...

Aku geram tahap Gaban neh..

Sedih x leh nak citer cemane...

Adwindaa said...

ku kang ckp lebih2 tambah dosa ku yg melambak2 nie...
tp @#$%#$^&*@#$ tul org yg buang baby tu.. tergamak dia buang bdk yg masih bernyawa... ish... yg dh meninggal pun jgn la di buang... sempurnakan la dgn betul... nauzubillahhh..