Our Happy Marriage Life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Yang Sulungssss.....

Lilypie Fourth Birthday tickers

Yang Kedua.....

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

About Me

My photo
Haku dah kahwin n setakat ni dikurniakan 2 org cahaya mata... Kedua-duanya Gegurl.... Yang Kakak namanya Damia Batrisya Dan Si Adik Auni Firas nama dia.. Aku ni Happy go Lucky, sempoi, Easy going... Gud listener.. Nyampah ngan org yg busuk ati, yang kecoh x tentu pasal, Busy body, Suka nak Compare "mengompare" paling aku jaki... So, pada sape yg menjenguk blog aku neh, harap u all enjoy ngan corat coret merapu aku.. Bukan ape.. Just wanna share every little thing yg happy, sedih, tension dalam idup aku seharian dgn kengkawan, family n alam sekitar... So, welcome to my blog!

Tuesday, March 10, 2009

AKHIR ZAMAN DAH KE...?

Bayi mati dicampak atas tilam


PULAU PINANG 9 Mac - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dipercayai akibat dicampak oleh bapanya sendiri ke atas tilam, hanya disebabkan kanak-kanak malang itu tidak berhenti menangis.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di rumah keluarga tersebut di sebuah flat di Sungai Ara, semalam.

Ketika kejadian pukul 4 petang itu, bapanya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Apa yang menyedihkan, sewaktu bayi itu dicampak, ibunya hanya mampu melihat perbuatan suaminya itu.

Ekoran kejadian itu, ibu bapa mangsa bergegas membawa anak mereka ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, bayi itu disahkan mati sejurus tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Mohd. Zain berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, terdapat beberapa kesan lebam di dahi, kesan cubit di kedua-dua pipi selain telinganya terdapat kesan calar.

Menurutnya, bayi malang itu dipercayai turut menjadi mangsa dera. Berikutan itu, suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai tukang paip direman selama enam hari bermula hari ini.

Beliau berkata, menurut keterangan ibu mangsa yang berusia lingkungan 30-an, dia melihat sendiri suaminya mencampakkan bayi mereka ke atas tilam setelah tidak tahan dengan tangisan mangsa.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati, dia positif mengambil dadah jenis heroin.
"Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini membenarkan suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 14 Mac ini," katanya.

Menurut Hatta, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


LAGI MANUSIA YANG HILANG AKAL..... MENGONG TUL LA!

2 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

alamak Acu..jadi kat penang lak tu, negeri ku yg bertuah ni...tapi tulah mak bapak skg kan..moga kita dilindungila dgn peranagi sbegitu..

salam perkenalan

acu aza damia said...

Ya betoll...

Tau buat anak jek.. Jaga tanak... Huh!!! - Emo betul haku neh bab2 cengini!!