About Me
- acu aza damia
- Haku dah kahwin n setakat ni dikurniakan 2 org cahaya mata... Kedua-duanya Gegurl.... Yang Kakak namanya Damia Batrisya Dan Si Adik Auni Firas nama dia.. Aku ni Happy go Lucky, sempoi, Easy going... Gud listener.. Nyampah ngan org yg busuk ati, yang kecoh x tentu pasal, Busy body, Suka nak Compare "mengompare" paling aku jaki... So, pada sape yg menjenguk blog aku neh, harap u all enjoy ngan corat coret merapu aku.. Bukan ape.. Just wanna share every little thing yg happy, sedih, tension dalam idup aku seharian dgn kengkawan, family n alam sekitar... So, welcome to my blog!
Monday, March 16, 2009
GERAM LAGI NEY!
KUALA LUMPUR: “Saya langsung tak menyangka rasa sedih dan geram ketika terjumpa janin pada tarikh sama tahun lalu berulang hari ini (semalam),” kata Saiful Bahari, 34.
Semalam, kira-kira jam 9 pagi, dalam tong sampah yang sama di Flet AU3/1 Taman Keramat di sini, dia yang hendak memungut sampah mengalami sekali lagi perasaan yang mahu dilupakan itu apabila menemui bukan satu, malah dua iaitu mayat bayi dan janin.
Pemandu lori syarikat pembersihan Mofalah Services itu berkata, dia memang mengesyaki bungkusan terbabit mengandungi bayi kerana pernah mengalami kejadian seperti itu.
“Saya terus membuka bungkusan itu dan telahan saya tepat apabila ia mengandungi mayat bayi lelaki sudah cukup sifat dan janin yang dibungkus dalam bungkusan surat khabar sama,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Menurutnya, dia kesal dengan tindakan individu terbabit kerana tergamak membuang bayi yang disifatkannya sebagai langsung tidak bertanggungjawab.
“Biasanya, saya bercuti pada hari minggu, namun hari ini (semalam) saya tergerak hati untuk mengambil sampah di kawasan terbabit kerana tidak bertugas Khamis lalu kerana lori mengalami masalah.
“Jika tidak, mungkin mayat bayi dan janin itu sudah reput dan tiada sesiapa mengetahui kejadian terbabit,” katanya.
Sebaik membuka dan pasti bungkusan itu mengandungi mayat bayi dan janin, Saiful segera menghubungi polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi berkata, beberapa anggota serta pegawai polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada Saiful dan melakukan pemeriksaan lanjut
“Polis bagaimanapun belum mengenal pasti jantina janin itu dan percaya kedua-dua bayi itu baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam tong sampah itu,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 315/318 Kanun Keseksaan dan kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4252 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
***** Huaraghhh!! Geramnyer haku!!!!! Apsal la camnih... Teruk betul la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
#@!#$$^@%$*&^%#$#@!@!!!!!!!!
aku tak tau nak ckp pa kat org bukan, binatang , bukan... tak de manusia, binatang yg sanggung buang anak camni..... sok2 kat hari pembalasan cuma satu aku nak bb yg ne buang camtu tuntut semua skali dr mak pak dia or sesape yg wat/buang dorg....
kurang ajar punye manusia (berhati binatang) yg buang² anak mcm nih! tak takut langsung ngan hukum Allah. kesal sgt :(
kesian baby tu..
bodonye pompuan yg buang tu mmg bodo tahap gaban...eih geram lak aku ni...ya Allah musnahkan lah kaum ni ya Allah..
Post a Comment