Our Happy Marriage Life

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Yang Sulungssss.....

Lilypie Fourth Birthday tickers

Yang Kedua.....

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

Lilypie Breastfeeding tickers

About Me

My photo
Haku dah kahwin n setakat ni dikurniakan 2 org cahaya mata... Kedua-duanya Gegurl.... Yang Kakak namanya Damia Batrisya Dan Si Adik Auni Firas nama dia.. Aku ni Happy go Lucky, sempoi, Easy going... Gud listener.. Nyampah ngan org yg busuk ati, yang kecoh x tentu pasal, Busy body, Suka nak Compare "mengompare" paling aku jaki... So, pada sape yg menjenguk blog aku neh, harap u all enjoy ngan corat coret merapu aku.. Bukan ape.. Just wanna share every little thing yg happy, sedih, tension dalam idup aku seharian dgn kengkawan, family n alam sekitar... So, welcome to my blog!

Monday, March 30, 2009

Hari Yang Letih!

*** Ibu, Damia & Ayah keletihan [Bukan gambar sebenar] Hahaha...

Salam....

Arinih aku keletihan.. Sbb ape..? Meh sini aku nak citer...

Jumaat aritu aku cuti sbb risaukan damia yang tetibe jek demam ari Khamis aritu... So, akupun meng"apply" cuti utk ari Jumaat.. Petang aku call mak kat kampung, mak tanye aku bila boleh balik kampung...? Sbb barang dapur dah abes... Hallamak mak, minggu neh xleh sbb agg ipar baru balik dr Moscow, n aza nak kene g amik dia kat airport, mggu depan lak, ayah taiping wat kenduri doa selamat... Mak aku mengeluh... Ala, camne nak g beli barang dapur nih... [sebak pulak aku dengar...]

memandangkan aku yang paling "terdekat" dgn mak [except akak aku yang mmg dok melaka tp dia x leh drive, dalam ertikata lain, x amik lesen ag]& memandangkan aku x sanggup nak dgr ayah g beli barang dapur bawak motor [sbb aku takut peristiwa lama berulang kembali] so secara otomatiknye aku la yang dibagi mandat utk beli barang dapo... Bukan ape, selagi mak & ayah ade nih, hargailah dorang...

Esoknyer aku tanye hubby aku, leh x balik kg ngan damia… Mandangkan Damia pun dah x demam dah.. Nasib baik hubby aku bagi green light (sayang abang!) **wink**

Aku balik hari jek… Aku gerak kol 9.05am, sampai Melaka kol 9.50am… Damia dalam keta nasib baik x meragam (cam pepaham jek ibu drive sengsorang…) Sampai2 aku call kakak aku yg kat Klebang.. Bagus dia punyer akal nak soh aku g sane… Cam ni munyiknyer.. “Cu, ko datang le sini, beli barang dapo mak kat bintang, sini murah….” Ecececeh… Bagusnyer ayat.. Macamla haku xtau dia nyer akal nak soh aku datang sane nak “gomol” si Damia.. Memandangkan dia tengah “membuyung” ikutkan jek la.. Kang meleleh lak air liur anak dia.. hehehe.… Aku soh mak aku siap, kol 11 terus gerak g umah kakak aku..

Gerak balik dr Klebang kol 3.00pm, otw balik aku sms hubby aku… Hubby aku kata better aku balik malam jek sbb kajang ujan lebat… Lagipun dia pun baliknyer lambat… Wahaha… Suke la nenek & Atok Damia.. Lama sikit leh gomol Damia ek… hehe..

Kol 8.00pm aku pun gerak balik… Dalam keta damia tido gak.. Mmg minah 2 selekoh anak ibu nih… Sampai Kajang dalam kol 9.15pm..

Sabtu, aktiviti kat umah, rest la sket… Hubby kata x jd g amik Yeop sbb Nyah yang g amik.. Lagipun Yeop sampai esok kol 4.00pm. Malam jek kuar jalan g umah Mak Lang Damia kat Taman Berjaya… Sampai umah Mak Lang Damia, bergelap sbb Mak Lang Support Earth Hour… [haha, otomatiknyer aku pun supportla sbb umah aku pun bgelap gak… ekekeke] Balik dr umah Mak Lang kol 10 lebih, balik tuh Damia terus tertidur…

Ahad paling meletihkan….
Pagi2 Damia bangun dah meragam.. Asik nangis jek… Tatau lak napenyer… Rupenye, meragam sbb dah pandai jalan… Whahaha… Damia dah pandai jalan sendiri tau.. Genap 1 Tahun, 2 Bulan 3 Hari…
G Klang, umah Yeop [nak sambut Yeop balik dr Moscow] pun Damia meragam sampai muntah2.. Abes katil Kak Minsya kene muntah Damia… Sbbkan Damia meragam, ibupun terlalu lah letihnyer sampai rase cam nak naik angin jek.. Adela Damia kene babab kat buttock ngan ibu… hehe.. geram tau!!

Balik dr Klang dalam kol 9pm, dalam keta Damia tido.. Letih sangat sbb asik nangis jek… Sampai umah pun Damia x sedar… Minum susu pun sambil tutup mata [letih bebenor tuh]

Arinih, aku g keje sampai opis kol 8.00am.. Tengok meja cam tongkang pecah… [Haku baru g cuti 1 ari jek…] Lagila membuatkan aku semakin rase letih…

Sekian ajelah N3 aku pasal Keletihan….



Thursday, March 26, 2009

Damia dah 1 tahun 2 bulan arinih....



Arini Damia dah genap 1 Tahun 2 Bulan..

Perkembangan Damia:-

1. Berat Damia dah 9.3kgs
2. Dah pandai kata “Nak” kalo nampak makanan or ape2 aje yang dia berkenan
3. Dah boleh jalan patutnya, tapi self confident xdek ag so ibu ngan ayah le yang
kene pimpin tangan dia everytime dia nak menjelajah satu umah or g jenjalan…
4. Kuat beremosi. Tau bila ibu marah dia, (x marahpun, saje jek menyakat). Event
Iklan or drama kat TV yang sedih2 pun Damia akan tumpang sedih…
5. Dah pandai tunjuk tummy n nose bila ibu tanya.
6. Kalau Damia nampak kasut dia, cepat2 dia hulur kaki nak soh org pakaikan…
7. Kalau dengar azan kat TV Damia letak tangan kat telinga (Macam tukang azan tu….)
8. Goyang2 kan badan kalo dengar laku yang rancak2.. Iklan TV3 yang paling dia suka
siap nyanyi2 ag.. (guna bahase dia la…)

Seronok tengok Damia membesar… Hope anak ibu jadi anak yang soleh, bijak, dengar kata & penyabar… Love you so much my little princess!! Mmuuah!


Wednesday, March 25, 2009

Assalamualaikum…

Arinih aku nak kongsi citer yang aku dah peramkan 2 ari… Ini semua dsebabkan oleh kesibukanku (ecececeh…) Betul la.. Haku sibuk 2 ari nih…

Meh sini aku nak story..

Malam isnin aritu, balik aje hubby aku dr keje, hubby aku ajak aku g makan kat kedai makan dekat2 ngan area umah kitorang.. Jalan kaki jek sbb dekat sangat.. Sementara tgh tggu makanan, haku pun bawak la Damia g kedai DVD nak le tengok kot2 ader DVD Upin & Ipin… Ngehngehngeh… Damia mmg gemar nengok citer upin & Ipin.. Haku perasan masa 1st time dia tengok citer tuh masa kat JB, kezen dia Irsyad yang pasang citer tuh.. Tuu… Dia, kenmain mengadap…

Berbalik pada kisah aku ngan Damia kat kedai DVD tu.. Haku pun tperasan la DVD Upin & Ipin Istimewa Raya… Terus aku tunjuk kan kat Damia… Damia pegang DVD tu, nengok Cover DVD tu kenmain bkerut kerut muka dia.. Pastu dia tsengih sengih n cakap "Tul..Tul…ha..tul..tul" Haku x perasan ape2 sbb aku ingat dia dok cakap bahase dia.. Bila dia ulang banyak2 kali pastu angguk2 kan pale dia, baru aku teringat Feberet words Upin & Ipin “Betul betul betul….” Terus aku gelak besau kat kedai DVD tu.. Sampai budak kat kedai DVD tu kata “Haiyaa.. ini budak kecik pun tau ka itu Upin & Ipin…”

Sampai ari ni kalo aku teringat jek mesti aku rase cam nak tgelak…

Sekian citerku pasal Damia ;P


Monday, March 23, 2009

.................................



Hari nih tetiba aku rase cam MALAS,BENGANG, TENSION & MACAM2LA....
Pendeka kata, hari nih aku TAKDE MOOD! Hampeh tul la!!


E-Mail Forward by Aida...

Salam.. Tetiba macam bminat lak nak pastekan e-mail yang member haku forwardkan kat haku... Meh baca sesama...
** Kalau Hubby haku tbaca skali pun ok gak neh...

KITA BACA UNTUK INGATAN BERSAMA .... TAK KIRALAH SUAMI ATAU ISTERI OK?

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu , kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan,
selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri
sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh.. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum
tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga
belum tentu suami pun masuk syurga..Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga.. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif.. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.





Friday, March 20, 2009

SakiT PeruT!


** Cam ni la ghuper haku smlm menahan sakit perut yang teramat sangat... Huhu..

Haku telah 7 kali ke toilet semalam.. Ntah hape ntah yang haku tersilap makan...

Balik keje semalam, sampai jek kat nursery Damia, Dorang kata damia dah 3 kali "Yak Cuk"... Masa aku sampai tuh Damia "Yak Cuk" ag.. (Kali yang ke 4).. Haku yang cuci masa kat nursery.. Habis ruam "bunga" n buttock damia...

Sampai umah, main2 dgn damia... Dalam kol 8.15 tetiba jerk Damia muntah... Ya Allah!!! Apsal lak neh... Dah la hubby aku xdek, balik lambat ader meeting katenyer... Kelam kabut haku... Habis ngan haku2 skali mandi ngan muntah Damia... Bukak baju damia, nak mandikan damia.. Lagi skali aku tkejut.. Damia "Yak Cuk" ag...

Ni x leh jadik nih.. Siap pakaikan baju damia, haku sms hubby haku.. nak bawak damia g An Nur.. Hubby aku kata dia dah nak balik dah tu.. Mandangkan jam pun dah kol 8.30... xkan haku nak tunggu hubby aku.. An Nur tutup kol 9.00.. Aku pack barang n terus Vroommmmm....

Sampai kat An Nur.. Nasib baik x bape ramai sgt org.. Sampai turn Damia, jumpa Paed.. Paed kata Mungkin ade menda yang Damia salah makan...

Fuh... Lega haku... Damia pun xdela meragam.. cuma dia x bape selesa "Bunga" n buttock dia pedih... Cian anak ibu..

N haku... Sampai ke pagi neh still sakit perut.. Ntah hape ntah yg haku silap makan...

Sekian laporan utk pagi ini... :P

Tuesday, March 17, 2009

Damia's weekend...

Meh cni nengok gambo damia menghabiskan cuti ujung minggunyer...


**Damia kat Jusco Balakong.. Ms nih ibu ngan ayah tgh bsantapan... Baiknye Damia kan..?? X kaco ayah & ibu eat...


**Damia kat dalam keta on d way nak g umah Makndak Selayang... Ade Bday party Kak Syakirin....


** Macam nak baca berita jek Damia nih....



**Damia dok kat atas pangku paknyah.. Tgh ngadap citer Upin & Ipin....


**Serius nyer muka Damia....


**Oleh kerana Damia xbrani nak bdiri sendiri, tpaksalah bdiri ngan bantuan Kak Minsha masa nak nyanyi lagu Happy Birthday utk Kak Ke'in....


** Ni la birthday Girl tuh, Nur Syakirin.... Cousin Damia.. Happy Birthday Kak Ke'in....



Sakit Ati la ni kan....

Salam...

Aku malas nak post semalam sbb hati aku sakit yang teramat sangat... Geram sumer ader.. Korang cuba imagine la kalo korang kat tenpat aku.. Kisahnyer cenggini..

Tengah aku concentrate yang teramat sangat, dok ngadap monthly NPL report yang x balance2, & sedang aku meregang urat2 yang dah naik tegang (ngeliat depan pc) tetiba datang sorang mangkuk ayun yang pangkat dia lagi tinggi la kan "Mengarah" tau, bukan "Mintak tolong" Camnih gaya munyik "Arahan" dia tuh

PN YANG BERPANGKAT BESOR:- "Ha.. Acu, since you mengantuk kan, go jalan jalan to 26th Floor, Send this 3 application forms to MR.***"

HAKU:- "Can u please ask others cuz i tgh wat NPL report nih.."

PN YANG BERPANGKAT BESOR:- Orang lain ada kerja..

HAKU:- I pun ada kerja jugak, I'm doing my works now, so please, ask others..

PN YANG BERPANGKAT BESOR:- Ini pun kerja juga....

HAKU:- Kejap2 lagi yek.. I nak buat report i dulu..

PN YANG BERPANGKAT BESOR:- I want you to SEND IT NOW!

Lalu, dgn keterpaksaan aku pun pergila menurut arahan dari org yang bpangkat besau tuh...

Tau x ape yang PN YANG BERPANGKAT BESOR tu arahkan utk aku antar....?? APPLICATION FORM YANG KOSONG YANG KALO DIIKUTKAN BULEH SAJA DIPRINTKAN MELALUI PORTAL OLEH ORG YANG MEMINTA TUH...

Aku bukan nak pertikaikan.. Aku tau, aku makan gaji.. Tapi, arahan tu biarla dibagi dengan rase timbang rasa.. Ko dah tengok staff ko tgh bhempas pulas wat report yang jugak utk kepentingan MAJIKAN, Ape la salahnye ko soh org yang mintak tu antar messenger dia or kalo pun penting sangat, you as a leader, pergila sendirik antar...

Menci menci menciiiiiiii!!!

Monday, March 16, 2009

GERAM LAGI NEY!




KUALA LUMPUR: “Saya langsung tak menyangka rasa sedih dan geram ketika terjumpa janin pada tarikh sama tahun lalu berulang hari ini (semalam),” kata Saiful Bahari, 34.

Semalam, kira-kira jam 9 pagi, dalam tong sampah yang sama di Flet AU3/1 Taman Keramat di sini, dia yang hendak memungut sampah mengalami sekali lagi perasaan yang mahu dilupakan itu apabila menemui bukan satu, malah dua iaitu mayat bayi dan janin.

Pemandu lori syarikat pembersihan Mofalah Services itu berkata, dia memang mengesyaki bungkusan terbabit mengandungi bayi kerana pernah mengalami kejadian seperti itu.

“Saya terus membuka bungkusan itu dan telahan saya tepat apabila ia mengandungi mayat bayi lelaki sudah cukup sifat dan janin yang dibungkus dalam bungkusan surat khabar sama,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, malam tadi.


Menurutnya, dia kesal dengan tindakan individu terbabit kerana tergamak membuang bayi yang disifatkannya sebagai langsung tidak bertanggungjawab.

“Biasanya, saya bercuti pada hari minggu, namun hari ini (semalam) saya tergerak hati untuk mengambil sampah di kawasan terbabit kerana tidak bertugas Khamis lalu kerana lori mengalami masalah.

“Jika tidak, mungkin mayat bayi dan janin itu sudah reput dan tiada sesiapa mengetahui kejadian terbabit,” katanya.

Sebaik membuka dan pasti bungkusan itu mengandungi mayat bayi dan janin, Saiful segera menghubungi polis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi berkata, beberapa anggota serta pegawai polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada Saiful dan melakukan pemeriksaan lanjut

“Polis bagaimanapun belum mengenal pasti jantina janin itu dan percaya kedua-dua bayi itu baru dilahirkan sebelum ditinggalkan dalam tong sampah itu,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 315/318 Kanun Keseksaan dan kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4252 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

***** Huaraghhh!! Geramnyer haku!!!!! Apsal la camnih... Teruk betul la...


Haku Telah di "Tag"



Haku telah di"Tag".. Oleh Pn Nora... Bpeluh-pelun haku mikiorkan jawapan... Ni ha tag tersebut...

NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. Acu
2. Acu
3. Acu
4. Rozie (ahaks)

MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. 3rd Jan - (my bday)
2. 5th Aug (En. Hubby birthdate)
3. 26th Jan (Damia's Birthdate)
4. 4th May (Wedding Anniversary)

THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. Typing letter (of course 4 my work)
2. Tidy up my workstation (yang dah macam tongkah pecah)
3. Go to toilet
4. Open my Blog

GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. Latest Model of Notebook (HP or Vaio) - Ada Bran..??
2. Brand new Hush Puppies Sandle
3. New Pierre Cardin Purse
4. Yard Window - So that i can place my kitchen & "En. Tong Gas" kat situ..

YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. Outing ngan Hubby & especially with Baby Damia
2. Update my blog
3. Decorate my home sweet home
4. laughing

PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. Bali
2. Langkawi
3. Franch
4. Tokyo

FAVORITE DRINKS:
1. Hot Lemon
2. Hot Tea
3. Hot Coffe
4. Plain Water

THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR ROOM:
1. Damia's Baby Court
2. Bed - Of Course
3. Cupboard
4. Make up

FAVORITE COLORS:
1. Pink
2. Green
3. Brown
4. Orange

TOP FOUR HANGOUTS:
1. Alamanda
2. Jusco
3. Mines
4. Playground

persons U LOVE SO MUCH:
1. En. Mohd Adzhar
2. Cik Damia Batrisya
3. Encik2, Puan2, Cik2 Family
4. Encik2 & Puan2 serta Cik2 kengkawan

"THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. Photos of Damia from day 1 born until now
2. Hp given my En. Hubby
3. Photos of our weddings
4. Our cute & Comot Kancil

YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
1. http://www.mummynaliya.blogspot.com/
2. http://www.wawashukor.blogspot.com/
3. http://www.apei-kampungboy.blogspot.com/
4. http://www.putramama.blogspot.com/

REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. coz i've been tagged :)by nora....
2. I have too (ekekeke)
3. Friends will know me better
4. tag is so fun (as long as x tanye soklan yang hempeh2 la kan....)



Saturday, March 14, 2009

Jom Jalan Jalan...


Jom ikut damia g jenjalan.. Damia drive tau.. Jangan takut... Damia dh ader lesen... Jom arrr.....




Friday, March 13, 2009

Ape Dia Buat Tu..??

Salam... Meh la nengok, ape yang Cik Damia kite neh sedang lakukan... Jeng jeng jeng....


Ibu kata "Damia... Don't..."
-Damia pandang ibu sambi sengih2....


"Damia, Cannot...!!!"
-Damia pandang jek ibu... EEE geramnyer..



"Ha ha... ibu x tau..."


-Tengo tu, dah puas sepahkan DVD, damia datang kat ibu.... Btuah nyer anak!!




Thursday, March 12, 2009

Aksi-Aksi Damia

Salam..

Ari nih dgn bangga nyer aku nak upload gambo2 anak dara aku... Setelah sekian lama nyer aku xdapat nak meng"upload" disebabkan Pc office haku dah di haramkan utk menginstall any software.. Haku baru tukau HP.. HP yang telah dipresentkan oleh hubbyku yang tercayangs... B4 neh, haku guna motorola L7 yang mmg cable dia dah diinstalkan sebelum any installation "diharamkan" oleh Encik2 IT tempat keje haku.. So semalam haku & hubbyku mentransferkan gambo2 Damia ke Laptop dia.. & Hasilnyer.. Inila Ghupe Damia Batrisya yang terbaru....



*Damia sukee pakai tudung ibu


*Damia with Ibu (Halamak, haku dah gemukss la.... :()


*Cute x saye neh...?


*Ala2 Ziana Zain


*Terkejut Damia!


*Ala2 Chomelnyer anak ibu!!! - Pasan betul ibu neh!


*Gaya memikat.. Bertudung tapi seksi.. Auwwww!!


*Apsal haku x pandang En. Cameraman neh.....!


*Damiaaa... Nose tuh control skeeettt...


*Damia Love ayah & Ibu!


Tuesday, March 10, 2009

SERABUT BETUL LA!

WAHAI LA PUAN YANG BUDIMAN, KOT YEK PUN NAK "MELALAK" SAMPAI NAK KUAR ANAK TEKAK, SILA LA KE PUSAT KARAOKE YANG BERDEKATAN.. JANGAN LA MEMEKAK KAT OPIS NEH.. TOLONGGGG LA... SERABUT TAU....!! HAKU TAU SOREE KOME TUH SEDAP.. (YE KE...?) WHAT EVER LA KAN... TAPI, DI ULANGAI SKALI AG.. SILA LA KE PUSAT KARAOKE YANG BDEKATAN YEK... YUCKSSSSSS!!!



AKHIR ZAMAN DAH KE...?

Bayi mati dicampak atas tilam


PULAU PINANG 9 Mac - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dipercayai akibat dicampak oleh bapanya sendiri ke atas tilam, hanya disebabkan kanak-kanak malang itu tidak berhenti menangis.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di rumah keluarga tersebut di sebuah flat di Sungai Ara, semalam.

Ketika kejadian pukul 4 petang itu, bapanya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Apa yang menyedihkan, sewaktu bayi itu dicampak, ibunya hanya mampu melihat perbuatan suaminya itu.

Ekoran kejadian itu, ibu bapa mangsa bergegas membawa anak mereka ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, bayi itu disahkan mati sejurus tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Mohd. Zain berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati, terdapat beberapa kesan lebam di dahi, kesan cubit di kedua-dua pipi selain telinganya terdapat kesan calar.

Menurutnya, bayi malang itu dipercayai turut menjadi mangsa dera. Berikutan itu, suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai tukang paip direman selama enam hari bermula hari ini.

Beliau berkata, menurut keterangan ibu mangsa yang berusia lingkungan 30-an, dia melihat sendiri suaminya mencampakkan bayi mereka ke atas tilam setelah tidak tahan dengan tangisan mangsa.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati, dia positif mengambil dadah jenis heroin.
"Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini membenarkan suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 14 Mac ini," katanya.

Menurut Hatta, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


LAGI MANUSIA YANG HILANG AKAL..... MENGONG TUL LA!

Sunday, March 8, 2009

INNALILLAH....

Salam..

Aku speechless...

Amir Yusuf telah kembai ke rahmatullah semalam pukul 12.51pm waktu galslow...

Al-Fatihah....



Thursday, March 5, 2009

ANAK HAKU


Barula aku bkesempatan nak citer pasal Damia Batrisya.. Ekcelli Last 2 week Paed Damia sahkan Damia dah kena asthma (Childhood asthma). So, dia dah start kene pakai inhaler.. Sedih sgt aku tengok keadaan dia masa tuh.. Batuk teruk n susah sangat nak bnafas.. Malam paling teruk bila Damia asik merengek (mungkin x selesa). Susah nak bnafas + ngan hidung tsumbat… Hatiku manyak sedey… Sampai aku bdoa biar transferkan kat aku jek….



Aku surf tenet wat reseach utk hilangkan asthma Damia.. At last, kawan aku bagi opinion soh bagi Damia makan Scott Emulsion.. Dia kata Scot Emulsion tu elok utk peparu & untuk prevent dia dr senang kene demam & selsema… So far, alhamdulillah, dia dah nampak makin sihat.. Batuk dia pun dah xder… Aku banyak bagi dia minum air masak… Damia pun aku tengok dah btambah ceria… Berbeza ngan keadaan dia sebelum neh, lemah n asik nak merengek jer…



Baru hati aku lega… Lapang dada aku bila tengok Damia kembali happy n ceria macam sebelum nih… Selera makan pun dah ader balik dah… Aku nak upload gambo Damia yg latest tp Pc kat opis aku nih IT dept dah block utk upload gambo dr hp ker pc… Nantila, bila kat umah nanti aku try upload gambo Damia yg latest yek.. Nampak susut sket badan dia.. Tapi xpe… Asalkan dia sihat…



**Nih bukan gambo latest Damia tau..


AMIR YUSUF

Sape itu Amir Yusuf?? Aku x pernah jumpa dia.. Bahkan menyentuh dia pun aku x pernah… Cuma Yang aku Tahu, Amir Yusuf Baby Boy yang umur baru 8 bulan… Tapi, pjalan hidup dia penuh dengan cabaran… Aku kenal Amir Yusuf melalui blog ayah dia www.fajaril.net/blog . Dalam blog tu, bmacam macam kisah yang dicoretkan oleh seorang yang bergelar ayah… x dapat aku nak muatkan dalam blog aku nih.. Pada sesapa yg bkesempatan, jengukla blog ayah AMIR YUSUF.. Tiap kali aku jenguk blog tu, tiap kali tu lah air mata aku mesti gugur…

AMIR YUSUF,
Betapa kuatnya dikau, betapa tabahnya dikau menempuh satu demi satu dugaan dariNya.. Sabarla Amir Yusuf, kuatlah Amir Yusuf…


AKU MERAPU

CUBA DALAM HIDUP NI JANGAN ASIK NAK CARIK KESALAHAN ORG JEK, BLEH X....


GERAM PART 2

Mayat bayi dalam longkang




BALIK PULAU: Kejam! Hanya ini yang dapat diungkapkan apabila seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menemui mayat bayi lelaki dalam keadaan terlentang dalam longkang di Teluk Bahang, semalam.Kakitangan berusia 36 tahun sedang bekerja membersihkan longkang di Kilometer 5.3 Jalan Teluk Bahang menghala Batu Feringgi apabila terlihat satu bungkusan berupa kain tuala di dalamnya kira-kira jam 10 pagi.Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain, berkata kakitangan MPPP itu kemudian menghubungi polis apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat bayi yang masih bertali pusat.Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mayat bayi berkenaan dipercayai baru saja dilahirkan, ditinggalkan atau dibuang ke dalam longkang berkenaan berdasarkan masih mempunyai kesan darah pada tubuhnya.
Katanya, polis sedang menjalankan siasatan mengenal pasti bangsa dan pihak yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.
Difahamkan, kakitangan MPPP yang menemui mayat itu membuat laporan di Balai Polis Teluk Bahang.“Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 309 B Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh anak dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.Sementara itu, Pakar Pathologi dan Forensik HPP, Datuk Bhupinder Singh ketika dihubungi, berkata berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan punca kematian disebabkan sesak nafas akibat lipatan tuala pada badan bayi berkenaan.Beliau berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan kecederaan lain di badan bayi malang itu.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


**APE LA KE KEJAM BENOR MANUSIA ZAMAN SKRG!!! PATUTNYER SAPE YG BUANG ANAK NEH HUKUM GANTUNG SAMPE MATI JEK!!! PANTANG TOL LA!!!
SENANG2 JEK NAK BUANG ANAK...